Friday, 20 November 2015

Demi Tuhan, Jadilah Pemaaf

Bismillah. Pagi² macam biasa lah, Syaza jalan² kejap kat FB. Lepas tu nampak lah yang ni.

Wow. These are miracles. Sure He wants me to learn these now. 3 posts in a row cakap pasal related things.

1. Post dpd Kak As pasal marah bertempat pada waktu dan cara yang tepat. And ada FB Ads kat tengah tadi. Diikuti dengan ini:


2. Post shared dpd Shahmim yang gambar atas tu sekali:  "Belajar jadi pemaaf. Berhenti jadi pembenci. Berhenti salahkan orang lain" 

Direct bawah post ke-2 ialah pesan Mufti Menk lagi berkenaan kemaafan yang menyentuh emosi:

3. "....it is difficult." Mufti Menk tak nafikan yang perbuatan memaafkan orang lain tu susah. Tapi beliau bagi 2 point sangat penting===>

     + it brings you closer to The Almighty. Memaafkan insan yang menyakiti diri kita menjadikan kita akrab denganNya.

     + helps you lighten you load of sins. Memaafkan insan yang menyakiti kita meringankan beban dosa. Kerana berdendam dan menyimpan benci itu bukan apa yang disukaiNya!

Dan Syaza di sini dengan Lapis Lapis Keberkahan di ribaan terimbau mukadimah buku tulisan Salim A. Fillah ini.

Berkenaan kisah Rasulullah di Taif yang berlumuran darah dan bersakitan dengan luka hanya kerana lidahnya menyampaikan mesej Ilahi.

Di saat malaikat menawarkan bantuan untuk menghempapkan Gunung Akhsyabain yang berat lagi besar ke atas mereka² yang telah ingkar, mendustakan, menista, mengusir, dan menyakiti Baginda kesayangan kita.

Mahukah tahu apa katanya?

"Tidak!", Muhammad yang terpuji berkata. Hatinya langsung memaafkan kekejaman yang telah berlaku. Langsung menitipkan doa kudus.

"Jika pun mereka ingkar, semoga keturunannya yang kelak akan beriman"

Subhanallah. Maka benarlah.
Muhammad itu pembawa kasih bukan penyebab azab.

Dialah Muhammad, rahmat buat seluruh alam.

Di saat hidupnya banyak disakiti Baginda terus-terusan memberi dan menyayangi.
Insan yang sungguh luar biasa.

Inilah yang Kak Salwa pernah pesan pada Syaza, "Orang yg hebat jalan hidup dia pasti luar biasa"

Orang paling hebat dan paling luar biasa tak lain tak bukan Rasulullah lah!

Bagindalah yang yatim.
Bagindalah yang terpisah daripada keluarga.
Bagindalah yang kehilangan cahaya mata.

Tapi... bagindalah yang paling disayangiNya. Dan dalam hatinya tak hilang kasih kepada kita.

Sallu. Sallu. Sallu!!
Jom selawat. Moga hati sentiasa merindukan insan yang dirindukan para perindu SyurgaNya.

:)

Salam jumaat yang penuh berkah.
Assalamualaikum!

========
Syazana Jamaludin
Menadah Hujan, Melakar Pelangi

3 comments:

huda said...

alahai syaza yang cantik manis dan baik hati, entri ni betul2 touch hati akak...

rindu nak berusrah...

Syazana Jamaludin said...

Ubatlah kerinduan tu Kak Huda.
:)

Kira Sakura said...

tapi tapi tapi bukan mudah jugak nak memaafkan orang tambah kalau hati dah tersangat terluka kan ;(